Selasa, 22 Julai 2014

Membuat Ketupat (Mudah)

Assalamualaikum! ok kali ni adalah tutorial untuk :

Bidang membentuk dan membuat binaan,
Tajuk : Ketupat
Level : mudah (sesuai untuk tahap 1 sekolah rendah)
Masa : 40 mjnit masa untuk belajar step by step
           10 minit kalau da tahu.

so jom kita mulakan.
 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kertas, gunting, dan gam.

2. download 2 gambar dibawah ni. kemudian print fit saiz A4.. saiz kertas lain pun boleh. ikut suka hati kome..

3. bila da print, kome bole la photostet je helaian-helaian lain pada kertas warna agar lebih menarik.. terpulang la pada kome..

4. ok sekarang, kita fokuskan pada badan ketupat ni dulu, gunting badan ketupat ni mengikut garisan luaran sahaja. Garisan yang di dalam itu JANGAN digunting.


5. sekarang, perhatikan terdapat garisan putus putus tu, kita akan menggunting di situ. caranya, lipat badan ketupat ni agar garisan itu kelihatan menegak dari garis lipatan.

6. Kemudian, Gunting garisan putus-putus itu dengan berhati-hati hingga ke garisan atas itu.
Jangan pula sampai habis hujung diguntingnya!

7. Jika sudah selesai, letakkan badan ketupat ni di tepi dahulu. Sekarang, kita beralih pula ke jalur ketupat.

7. lipat kertas ini kepada dua, dengan keadaan garisan kelihatan menegak dari kesan lipatan.

8. Gunting mengikut garisan DENGAN BERHATI-HATI. Gunting hingga ke hujung kertas.

9. Setiap jalur yang terlipat itu, gunting di bahagian tengahnya agar menjadi lebih pendek (sesuai dengan saiz badan ketupat).

10. Masukkan setiap jalur itu tadi ke badan ketupat menggunakan teknik anyaman
(berselang seli dimasuk dan diselindungkan)

11. Letakkan gam pada jalur dan badan ketupat agar tidak mudah terkeluar.
ok cuba test dengan warna warna lain pulak. Selamat Mencuba!










Jumaat, 21 Mac 2014

Posting!! Posting!!

Alhamdulillah... berita yang ditunggu sudah tiba. Hampir 3 bulan menunggu bilakah kami akan berposting akhirnya terjawap pada petang 19 Mac 2014. Keputusan penempatan telah keluar!! Syukur..syukur..

Ini bermakna kami terlah maju lagi selangkah iaitu menjadi seorang guru.

berikut adalah tempat-tempat yang telah diberikan kepada kami. Ada yang mendapat tempat penempatan yang diingin dan ada juga yang terkejut kerana tidak pernah memilih penempatan di negeri tersebut tetapi terpilih. Itulah rezeki.. Allah telah menyediakan perancangan yang baik kepada Hamba-HambaNya.


Jadi kawan-kawan selamat berjuang dan mendidik anak bangsa. Bersabarlah dengan dugaan serta ujian yang telah diberi kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian. 

Jumaat, 25 Oktober 2013

Makan Malam Perdana 2013 - Terakhir untuk PISMP 8D

25 Oktober 2013 majlis makan malam perdana yang ke-55 untuk warga IPG Kampus Bahasa Melayu. 5 tahun dahulu kami ber'dinner' di Dataran Budi dalam suasana yang gelap tapi menyeronokkan tetapi untuk dinner yang terakhir juga kami ber'dinner' di bekas tapak Datarn Budi yang telah dibangunkan sebuah bangunan baharu yang diberi nama Menara IPG KBM.

Tahniah diucapkan kepada saudara Syazwi kerana memenangi anugerah Pelajar Paling Popular!!!

Rabu, 9 Oktober 2013

Penilaian dan Pameran Seni Visual 2013

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah pameran yang menjadi igauan buat kami. Segala jerih perit kami berbaloi..terharu dengan sokongan yang diberikan oleh pelajar-peljar IPG Kampus Bahasa Melayu, KL. Terutamanya Semester 8..tak lupa juga kepada adik bongsu kami iaitu PISMP 6E major PSV terakhir di IPG Kampus Bahasa Melayu. Kami harap kalian semua tabah menghadapi dugaan untuk menempuh semester akhir kelak. Sila layan video khas yang dihasilkan oleh Ady dan Hakim. Terima kasih sekali lagi!!



Selasa, 1 Oktober 2013

Khamis, 26 September 2013

Pidato "Guru dan Cabaran Semasa"

20 Ogos 2013 untuk melengkapkan tugasan GCS kami dikehendaki berpidato dengan tajuk pidatonya " Guru Berkualiti Transformasi Direalisasi". Saksikanlah gelagat kami...hehehe






VIVA

Akhirnya Seminar Penyelidikan Pendidikan telah tamat jam 11.00 pagi tadi. Tinggal nak jilidkan kajian tindakan sahaja. Seminar yg berlangsung selama dua hari dibahagikan kepada 4 sidang. 3 sidang diadakan pada hari pertama dan 1 sidang diadakan pada hari kedua.








Jumaat, 20 September 2013

Pra Viva

Lambat update laa pasal Pra Viva.. tapi semuanya berjalan dgn jayanya. Terima kasih pada Encik Razman n Doktor Rosinah sebagai penyelia Pra Viva utk dua hari. Walaupun hanya mendengar orang lain bentang, terasa tekanannya..



Tahniah Izzah!!

Izzah adalah wakil tunggal dari IPG Kampus Bahasa Melayu yang berjaya masuk bertanding inovasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris . Alat intervensi yang digunakan dalam Kajian Tindakan akan dipertandingkan dalam International Exposition of Research and Innovation in Education 2013. Semoga berjaya Izzah!!



P/S : Izzah ditemani oleh Apok n Fathin..

Ahad, 20 Januari 2013

Percutian ke Karak - Part 3

HARI KEDUA

sepatutnya kitorang akan buat aktiviti jungle trekking tapi dgn sebab-sebab yang tak diketahui aktiviti tersebut di tangguhkan dulu. so untuk aktivtit yang pertama utk hari kedua ialah FEED THE GOAT!!!
hanya 5 org je yang ikut bagi kambing-kanbing tu makan yang len xtaw pasai pa xmau ikut..sebaik je kaki melangkah masuk ke kandanng kambing kitorang 5 org rs dalam panggung okestra. semuanya mengembek..haha comel dengar diorang mengembek ramai3..hehehe..

selesai bersarapan ( tak mandi pon) kami semua packing3 barang untuk buat aktiviti di air terjun. untuk ke sana kitorang kena naik kenderaan sebab jauh jugaklah dari tempat penginapan.





dah sampi di kawasan air terjun, semua kereta di parking di satu kawasan yang selamat. kemudian kami semua naik 4x4 untuk ke kawasan air terjun. kawasan tersebut dalam penempatan org asli ditambah pula dengan pembalakan so kereta biasa2 tak boleh masuk sbb tu di parking di zon selamat.








sesi memunggah barang di kawasan berkelah!!









selain mandi manda siapa yang berani buat aktiviti 'water tubing' dengan tunjuk ajar dari Encik razak.






meditasi apa ntah..hahaha
 TO BE COUNTINUE..

P/S : ESOK KAMI AKAN MENJALANI PRAKTIKUM FASA 3 ( 21 JANUARI 2013)..ALL THE BEST MY FREINDS!!!!