Selasa, 22 Julai 2014

Membuat Ketupat (Mudah)

Assalamualaikum! ok kali ni adalah tutorial untuk :

Bidang membentuk dan membuat binaan,
Tajuk : Ketupat
Level : mudah (sesuai untuk tahap 1 sekolah rendah)
Masa : 40 mjnit masa untuk belajar step by step
           10 minit kalau da tahu.

so jom kita mulakan.
 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kertas, gunting, dan gam.

2. download 2 gambar dibawah ni. kemudian print fit saiz A4.. saiz kertas lain pun boleh. ikut suka hati kome..

3. bila da print, kome bole la photostet je helaian-helaian lain pada kertas warna agar lebih menarik.. terpulang la pada kome..

4. ok sekarang, kita fokuskan pada badan ketupat ni dulu, gunting badan ketupat ni mengikut garisan luaran sahaja. Garisan yang di dalam itu JANGAN digunting.


5. sekarang, perhatikan terdapat garisan putus putus tu, kita akan menggunting di situ. caranya, lipat badan ketupat ni agar garisan itu kelihatan menegak dari garis lipatan.

6. Kemudian, Gunting garisan putus-putus itu dengan berhati-hati hingga ke garisan atas itu.
Jangan pula sampai habis hujung diguntingnya!

7. Jika sudah selesai, letakkan badan ketupat ni di tepi dahulu. Sekarang, kita beralih pula ke jalur ketupat.

7. lipat kertas ini kepada dua, dengan keadaan garisan kelihatan menegak dari kesan lipatan.

8. Gunting mengikut garisan DENGAN BERHATI-HATI. Gunting hingga ke hujung kertas.

9. Setiap jalur yang terlipat itu, gunting di bahagian tengahnya agar menjadi lebih pendek (sesuai dengan saiz badan ketupat).

10. Masukkan setiap jalur itu tadi ke badan ketupat menggunakan teknik anyaman
(berselang seli dimasuk dan diselindungkan)

11. Letakkan gam pada jalur dan badan ketupat agar tidak mudah terkeluar.
ok cuba test dengan warna warna lain pulak. Selamat Mencuba!










Jumaat, 21 Mac 2014

Posting!! Posting!!

Alhamdulillah... berita yang ditunggu sudah tiba. Hampir 3 bulan menunggu bilakah kami akan berposting akhirnya terjawap pada petang 19 Mac 2014. Keputusan penempatan telah keluar!! Syukur..syukur..

Ini bermakna kami terlah maju lagi selangkah iaitu menjadi seorang guru.

berikut adalah tempat-tempat yang telah diberikan kepada kami. Ada yang mendapat tempat penempatan yang diingin dan ada juga yang terkejut kerana tidak pernah memilih penempatan di negeri tersebut tetapi terpilih. Itulah rezeki.. Allah telah menyediakan perancangan yang baik kepada Hamba-HambaNya.


Jadi kawan-kawan selamat berjuang dan mendidik anak bangsa. Bersabarlah dengan dugaan serta ujian yang telah diberi kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian.