Jumaat, 21 Mac 2014

Posting!! Posting!!

Alhamdulillah... berita yang ditunggu sudah tiba. Hampir 3 bulan menunggu bilakah kami akan berposting akhirnya terjawap pada petang 19 Mac 2014. Keputusan penempatan telah keluar!! Syukur..syukur..

Ini bermakna kami terlah maju lagi selangkah iaitu menjadi seorang guru.

berikut adalah tempat-tempat yang telah diberikan kepada kami. Ada yang mendapat tempat penempatan yang diingin dan ada juga yang terkejut kerana tidak pernah memilih penempatan di negeri tersebut tetapi terpilih. Itulah rezeki.. Allah telah menyediakan perancangan yang baik kepada Hamba-HambaNya.


Jadi kawan-kawan selamat berjuang dan mendidik anak bangsa. Bersabarlah dengan dugaan serta ujian yang telah diberi kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian.