Selasa, 9 Februari 2010

teori-teori seni

TEORI-TEORI SENI

Pengertian PSV - Proses p’hasil’n karya seni dgn
m’libat’n aspek pemahaman,p’hayat’n & kritikan mengenai
perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan
konsepsi murid.


Pandangan Tokoh Barat
a) Plato (347 SM) – lukisan adalah 3 x terpisah drp
kebenaran .Seni dan pendidikan perlu dipandukan kpd
kebenaran,kebaikan,kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan. Dikatkan dgn perlakuan,akhlak, nilai dan moral .
Mencipta sesuatu persekitaran yg berbudaya dan
meningkatkan perpaduan.
- Lukisan dibincang dgn konsep imitasi
- membandingkan lukisan dgn kebenaran
- Pelukis meniru objek yg dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle ( 384-322SM)
- pelukis x meniru tapi memberi struktur bentuk kpd benda
alam maka seni itu baik.
C) Pestalozzi (1746-1827)
- beri peluang kpd kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- kerja tangan atau kraftangan diajar dgn konsep sepanjang
hayat aktiviti bercorak praktikal.


d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.
- Seni alat untuk mendidik sesrg
- seni boleh menyatukan semua Negara ( pendidikan dan
pembentukan diri )
e) Frank Cizek ( 1865-1946)
- Seni sebagaio satu peranan ekspresi bebas dlm
pendidikan .
- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut
pandangan mereka supaya x hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri- mewujudkan suasana gembira, suka riang,
minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 – 1952)
- Aktiviti seni meruapkan satu pengalaman kpd kanak-kanak.
- Memberi kebebasan kpd kanak-kanak menysun
pengalaman uintuk


g) Walter Gropius
- Seni visual memberi faedah kpd kehidupan seharian
seperti dfalam prinsip rekaan dan nilai estetik bagi
menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsn.
- Ianya mengabungkan seni , pertukangan , sains dan
teknologi.
h) Efland dan Chapman
- Seni adlah untuk masyarakat
- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.


i) Lansing
- seni dpt mengembangkan potensi pemikiran , sikap dan
psikomotor.
J) June McFee
- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya.
k) Feldman
- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.


Pandangan Tokoh timur dan islam
a) Muslim – dalam kitab Al-Iman – org yg mempunyai ilmu seni
bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan
menghargai objek tersebut.
b) Pandangan Al-Ghazali
- Seni bersandarkan drp Allah kpd Allah.
- Seni menuju kpd Al-Falah ( keredhaan Allah)
- Pemangkin kpd ketaqwaan ( tawaduk & beriman)

c) Sidi Ghazalba
- Seni x melampui batas kesusilaan
- Seni bertunjang drp Allah kpd Allah
- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)
- seni membentuk peribadi muslim

lukisan, penerokaan bahan


LUKISAN
}Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek/pelan dalam garisan
}Wujud sejak zaman batu
}Pada dinding gua seperti gua Lascaux di Perancis, Gua Niah di Sarawak, Gua Tambun di Perak
}Menggunakan media kering
}Mementingkan unsur garisan
TEKNIK LUKISAN
}Lakaran
}Garisan
}Lorekan
}Gosokan
}Titik/semburan
}Silang-menyilang
}Gurisan
}Campuran
}Garisan kontor
}Beralun
}Berombak

PENEROKAAN BAHAN
}MEDIA LUKISAN
}PENSEL
}PENSEL WARNA
}PEN
}DAKWAT
}ARANG
}KRAYON
}PASTEL
}BERUS
}PERISIAN KOMPUTER
TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
}PENSEL
}PENSEL WARNA
}PEN
}DAKWAT
}ARANG
}KRAYON
}PASTEL
}PERISIAN KOMPUTER
}MEDIA CATAN
}CAT TEMPERA(SERBUK)
}CAT MINYAK
}POSTER
}PELAKA
}AKRILIK
}CAT AIR
}FRESKO
}CAT GOUCE
}CAT EMULSI(CAT RUMAH)



TEKNIK-TEKNIK CAT AIR
}Basah atas basah
}Basah atas kering
}Kering atas basah
}Kering atas kering
}Kering bertindih
}Renjisan



TEKNIK- TEKNIK CAT MINYAK
}Teknik pointerlism(titik)
}Teknik Hard Edge’s
}Teknik Impasto
}Teknik Scambling
}Teknik Alla Prima
}Teknik Kolaj



BAHANTARA
}KERTAS LUKISAN
}KERTAS WATERCOLOUR
}RICE PAPER(UNTUK LUKISAN CINA, GUNA DAKWAT)
}SUGAR PAPER
}KANVAS/KAIN BELACU
}NEWSPRINT
}KATRIJ PAPER(KERTAS LUKISAN VERSI BESAR)
}CUPBOARD
}PLYWOOD
}MAHJONG PAPER
}MANILA CARD(MAGIC PEN/MARKER PEN)


PENSIL
}Dibuat daripada campuran tanah liat
}Dihasilkan mengikut gred yang tertentu
}Pensil jenis keras(kategori H)
}Pensil jenis lembut(kategori B)
}Pensil B sesuai untuk lorekan dan ton
}Pensil H semakin besar nilainya, garisan yang dihasilkan adalah tajam dan kurang gelap
}Semakin besar nilai pensil B, semakin lembut dan gelap kesan lorekan
}Garisan yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu tekanan pensil, kelajuan pensil, gred pensil.


ARANG
}Dihasilkan daripada batang kayu terbakar
}Medium lukisan yang paling tua di dunia
}Digunakan oleh pelukis pada abad ke-17 dan 18
}Keistimewaannya ialah berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur pemukaan yang dilukis, membeeri kesan hitam yang legap
}Kesan arang juga dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik
}Penyembur pemati warna atau ‘fixative’ digunakan supaya debu arang tidak bertaburan.



UNSUR SENI REKA
GARISAN

- kesan yang terhasil apabila
titik digerakkan secara brcantum dari satu titik permulaan merentasi suatu permukaan atau ruang menggunakan media dan teknik.
-Teknik garisan: Teknik resis, teknik anyaman, teknik pualaman,teknik goresan,teknik catan Hadr Edge’s
RUPA
- terhasil daripada percantuman dua hujung garisan, bersifat dua dimensi, dan adlah suatu kawasan yang dapat dibezakan daripada latarnya.
-Jenis-jenis rupa:Rupa geometri,rupa organik, rupa positif dan negatif, rupa muka taip

BENTUK
- terhasil daripada percantuman beberapa rupa menjadi satah-satah berstruktur dan digambarkan mempunyai jisim dan isipadu.
-Jenis-jenis bentuk:Bentuk konkrit, bentuk ilusi, teknik lorekan
RUANG
- bahagian yang mengelilingi sesuatu objek termasuk rongganya, dan bahagian latar di antara satu objek dengan objek sekitarnya.
-Jenis-jenis ruang:Ruang terbuka, ruang ilusi
JALINAN
- sifat permukaan sesuatu objek yang dapat dikesan secara visual atau sentuhan.
-Jenis-jenis jalinan:Jalinan sentuh, jalinan tampak
WARNA - kesan tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan objek dan atmosfera.
-Jenis-jenis warna: Warna asas= merah,kunig,biru
Warna sekunder=hijau,jingga,ungu
Warna tertier=kunig hijau, kuning jingga, merah jingga,merah ungu, biru hijau, biru ungu


KEPENTINGAN PENEROKAAN BAHAN
1.Mendedahkan kepada pelajar akan media atau bahan yang digunakan untuk lukisan dan catan.
2.Memperkenalkan teknik-teknik yang boleh digunakan mengikut jenis bahan.
3.Setiap media atau bahan yang berlainan akan menghasilkan kesan yang berlainan.
4.Pelajar dapat mengaplikasikan unsur seni reka dalam karya.
5.Pelajar dapat membezakan antara lukisan dan catan dan mengaplikasikannya ketika membuat amali.

KEGUNAAN SENI

KEGUNAAN SENI
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.

Peranan psikologi-
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

Peranan sosiologi -
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

=Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

=Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit- Kuala Lipis

=Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990)

=Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

=Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

=Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

=Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster. Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

=PENGALAMAN ESTETIK- Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada

a)Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.
b)Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.


credits to ppismpp 1d july intake 07

ASAS PENGAJIAN DAN PERSEPSI VISUAL


ASAS PENGAJIAN DAN PERSEPSI VISUAL

Pengertian PSV - Proses p’hasil’n karya seni dgn
•m’libat’n aspek pemahaman,p’hayat’n & kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
4 Bidang utama PSV SR
a) Menggambar
b) Membuat corak dan rekaan
c) Membentuk & membuat binaan
d) Mengenal kraf tradisional

Matlamat PSV & Objektif
•- membentuk keperibadian celik budaya
•- mempunyai nilai estetik yg tinggi ,kreatif,inovatif
•- rasa k’syukur’n terhadap tuhan
•- menghargai keindahan alam
•- menyumbang kearah pembangunan diri,keluarga
•- selaras dgn FPN
•- Menunjukkan p’harga’n terhadap tokoh seni visual
•- dijadikan sbg prospek kerjaya.

Konsep kendiri berdasarkan konsep SV barat
•- membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar
•- untukmengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan
•- menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya
•- menghargai dan memulihara seni
•- Ada Kesedaran murid kreatif dan produktif
•- Membentuk sikap JERI

Strategi P&P PSV
a) Kontruktivisme – membina konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilakukan sendiri akan menguat minda manusia.

b) Teori kecerdasan pelbagai
– kebolehan meny. Masalah,
menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi, menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang )
-Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang, intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.
c) ICT – satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg
berkesan berpandukan ICT.

d) Pembelajaran akses kendiri – pelajar belajar sendiri dgn pengawasan dan bimbingan guru.
e) Pembelajaran Masteri – P&P berfokuskan kpd murid – xfaham ( pemulihan), faham ( pengayaan).
f) Kajian masa depan – pelajar diajar cara berfikir bagi meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and kreativiti.

g) Pembelajaran secara kontekstual – keadah menggabung isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon,mind-on.
h) Kemahiran berfikir – proses menggunakan minda untuk mencari makna dan meny. Masalah.
i. KB kreatif – kebolehan mencerna dan
m’hasilkan idea asli.
ii. KB kritis – kebolehan utk menilai
kemunasabahan idea

Konsep seni visual


KOMUNIKASI VISUAL
A
Konsep Seni Visual
Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, bendasubjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.
Penyataan Diri (self – expression)
Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Bahasa Seni (laras bahasa)
Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)
Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.