Khamis, 27 Oktober 2011

50 Sebab bercinta/couple dengan BUDAK SENI


Senarai ini kebiasaannya ada pada ciri-ciri mereka.

1. Mereka manusia yang pelik.(time warna daun,mesti bukan warna hijau shj)

2. Tidak memandang sesuatu perkara mengikut satu sudut.

3. Menganalisa setiap patah perkataan mengikut urutan seperti (layers dlm Photoshop).

4. Menghabiskan masa memasang perabot/arca/mock-up

5. Semua karya main hentam(nk siap baru berfikir)

6. Menyesuaikan warna untuk orang lain tetapi bukan diri sendiri.

7. Keluar paling akhir apabila melihat wayang, ingin melihat keseluruhan filem termasuk melihat senarai nama yang dikreditkan.

8. Menyelesaikan masalah dengan lakaran/sketches/lukisan/warna.

9. Mereka akan menconteng meja atau menjadikan meja sebagai alas memotong.

10. Lebih gemar meneliti corak dibaju anda daripada mendengar anda bercakap.

11. Memenuhkan bilik dengan majalah atau figura serta benda-benda berkaitan seni .

12. Anda tidak akan tahu mana satu yang asli dan palsu barang-barang mereka.

13. Menghasilkan apa sahaja berkaitan dgn diri anda (arca)

14. Kebanyakan mereka tidak suka mengira..(main anggaran je)

15. Idola mereka kebiasaannya bukan pemimpin Negara tetapi pelukis atau pereka.

16. Mereka gemar mengambil gambar.

17. Hanya mendengar pendapat tetapi tetap melakukan apa yg mereka rasa betul.

18. Semuanya akan tersusun rapi kecuali ketika mereka dalam kelewatan. (serabai)

19. Gemar melihat gambar dari membaca.(kompem)

20. Mereka menghabiskan duit dengan gadjet/ barang berteknologi.

21. Tidak boleh hias bilik tanpa berunding dengan mereka.

22. Berpotensi besar untuk hadir lambat ke kelas/majlis/ apa-apa acara.

23. Suka menconteng tangan dan dimana-mana.

24. Membeli barang yang berpermukaan kosong untuk dicat atau diubahsuai.

25. Melihat atau menggunakan sesuatu bukan hanya semata2 satu fungsi. (kad matrik sebagai pembaris)

26. Apabila tidak setuju dan suka. (menamakan gelaran pada org yang mereka tidak suka).

27. Cerewet dalam memilih untuk diri sendiri.

28. Buat kerja last minit....

29. Membaca komik dan melihat kartun.

30. Menghabiskan masa dengan jpg.sld.raw.avi.png.psd.ai

.stl.pdf.3dm.cmyk.rgb.etc.

31. Menghabiskan masa bersama dengan “brainstorming”.

32. Ingin diri lain dari semua orang.

33. Suka membelek dan meneliti proses dan bahan pembuatan sesuatu karya.

34. Mengetahui posisi lain lebih dari kamasutra.

35. Sentiasa hadir ke restaurant dengan mengkritik rekaan serta menu.

36. Mendengar muzik yang jarang didengari (klasik fm).

37. Tidak boleh memasak hidangan biasa, sentiasa melakukan eksperimen dalam masakan.

38. Gemar mencari barang “rare” jarang dijumpai.

39. Mereka memiliki gadjet/rekaan baru sebelum orang lain mengetahuinya.

40. Mereka sukakan Adobe dan Rhino/solidwork/3dmax/sketchup/ dan Alias.

41. Memiliki jenama butik pilihan, biar murah asal bergaya.

42. Ingin menghabiskan duit membeli barangan seni

43. Tidak akan memahami makna hadiah yang mereka berikan.(botol susu pd hari jadi lelaki??)

44. Melihat sesuatu yg biasa & ketawa.(mengolah objek mengikut pandangan mata sendiri)

45. Takut dengan perkataan “Deadline” (tarikh submit karya)-semua dah berakhir!!

46. Sentiasa meramalkan masa depan. (mereka trend setter)

47. Mengimpikan hari tiada siapa mengkoplen karya mereka.

48. Mereka lebih rela mendownload sesuatu daripada membelinya. (kecuali jika terpaksa)

49. Sentiasa mengantuk kerana kerja 24/7 ( 24 jam Seminggu) tidak memiliki tidur berkualiti.

50. Suka merapu dan merepek.



1 ulasan: