Khamis, 5 Januari 2012

Selamat menempuh semester 5!!

Pejam celik! Pejam celik! dan masuk tahun 2012. Seramai 21 akan menjadi 22 tahun manakala yang baki dua tu dah nak masuk 23 tahun. keh..keh... sempena semester 5 ni Nur Athirah sebagai ketua kelas manakala Nurhidayati (acik) jadi penolong...tahniah..tahniah...

untuk semester ni semua akan sibuk membuat persiapan pratikum dan juga penyediaan portfolio-portfolio untuk di MQA kan. AJK MQA akan diupdate nanti.

Semester ni jugak kami kehilangan seorang pensyarah yang berkaliber iaitu Encik Sallehuddin Zakaria. Beliau telah dinaik pangkat dan ditukarkan ke IPG Ilmu Khas. Semoga beliau bahagia dengan kehidupan baharu di sana.. :-)

Projek terakhir beliau bersama kami. galeri Rumah Hantu.

1 ulasan:

Mawar Hina berkata...

salam perkenalan buat rakan2 kampus sana. saya dari kampus sultan abdul halim. kami juga kehilangan pensyarah. dua orang. seorang di tukarkan ke IPTI dan seorang lagi sambung belajar. jadi, ntuk subjek PSV3110 kami masih tiada pensyarah. doakan kami di sini supaya permohonan pensyarah baru diterima! all da best buat rakan2 di sana :)