Isnin, 21 Mei 2012

binaan -binaan agung seni oriental (SAS)

Kota Larangan China

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota BeijingChina, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Kota Larangan Beijing yang terletak di pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

ota Larangan Beijing dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911. Kota Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.
Kota Larangan Beijing berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter. Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.
Tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting. Dewan Taihe yang setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan tinggi di Kota Larangan Beijing. Dalam dewan itu terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja. Lapangan di hadapan dewan itu seluas 30 ribu meter persegi.
Pembinaan Kota Larangan Beijing telah memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah memperlihatkan reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Dasar Dewan Taihe setinggi 8 meter yang dibina dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air. Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak, pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4 baris rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka oleh jurubina ketika itu untuk menghalang kebakaran.



Taj mahal

Taj Mahal dibina sebagai monumen peringatan untuk istri Shah jahan yang bernama Mumtaz Mahal
Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Binaan merangkumi bahagian 
-makam, 
-dewan, 
-taman rekreasi, 
-masjid, 
-menara tinjau

bahan binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. 
Marmar putih dari Rajasthan. 
Permata dari Punjab. 
Jed dan hablur dari China.
Firus dari Tibet .
Lazuardi dariAfghanistan. 
Nilam dari Sri Lanka.
Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.


rekaan 
-simetri
-terdapat seni khat (surah pelbagai)
-mughal





Masjid nabawi

 Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umatIslam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622Masihi.
-Luas asal 850.5 x 2.9m tinggi
-Tembok 4 sisi drpda batu bata dan tanah.
-Atap daripada daun kurma.
-Tiang daripada batang kurma
-Atap terbuka
-Simen menggunakan tanah liat.
-Rasulllah sama2 membina masjid tersebut
Sebelah masjid adalah kediaman rasullullah.

-kini telah dinaiktaraf secara berperingkat-peringkat






angkor wat

-Terletak di Angkor kamboja
-Dibina pada zaman raja suryawarman 2
-Terletak di gunung meru dipercayai tempat tinggal dewa dewi. Di tengah menara tertinggi.
-Dikelilingi diding dan terusan mewakilu lautan dan gunung yang mengelilingi dunia.
-Dileliling laut buatan manusia dipanggil baray untuk tujuan pertahanan dan mengairi pertanian.
-Jalan ke Angkor wat ada pintu gerbang mewakili jambatan pelangi ke dunia dewa dewi.
-Menara disalut emas, dan di cat warna warni. Ukiran batu ikit lawan jam.



1 ulasan:

Allen Rade berkata...

pergh.. sempat lagi tu..