Isnin, 21 Mei 2012

pengenalan seni alam melayu (SAS)

seni ukiran patung jah hut






seni tenunan pua kumbu


Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di SarawakMalaysia
Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci.
 Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk 
-kelahiran anak,
- sampai usia, 
-menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi
- tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.



Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.

Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).

Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.

MAH MERI

Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang turut menghasilkan ukiran kayu. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, mahmeri memberi maksud bersisik. mereka juga dikenali sebagai orang laut. sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey, Selangor.
Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.


diedit dan di copy &paste oleh nur hidayah




Tiada ulasan: