Selasa, 15 November 2011

Nota PJM 3110 - Tajuk 8 pentaksiran dalam pj


Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
 1.Memfokuskan kepada setiap individu
-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
 2.Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
 3.Memilih wakil
-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.
 4.Memotivasikan individu
-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
 5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.
-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
 5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain
 -Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan
- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

i. berlandaskan kesihatan
- Komposisi Badan 
- Fleksibiliti 
- Daya Tahan Kardiovaskular 
- Kekuatan Otot 
- Daya Tahan Otot 

ii. berlandaskan kemahiran motor
- Kelajuan 
- Koordinasi
- Ketangkasan
- Kuasa
- Imbangan
- Masa Reaksi

rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 7 strategi, kaedah dan teknik P&P pj



{Pendekatan
-merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang). Edward m.anthony,1963
-satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik (diterima tanpa keraguan).


Jenis-jenis pendekatan:

Tradisional = guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred. Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran. gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri. Strategi

-penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.
- konsepnya adalah berteraskan kepada:

Kebijaksanaan memilih pendekatan. Kecekapan merancang kaedah dan teknik. Berdasarkan objektifnya. Kaedah
- Satu siri tindakan guru yang sistematik.
- Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek.
- 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.

- Jenis-jenis kaedah:


Kaedah kuliah =pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal. 

Kaedah demonstrasi =pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas dilaksanakan.

Kaedah pembelajaran masteri  =pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
Kaedah pembelajaran koperatif  
= tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu.
=dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran yang sama.

Kaedah perbincangan = interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.

Kaedah projek =tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.

Kaedah pembelajaran kolaboratif =pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan.

Kaedah penemuan (inkuiri) =dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan.


Teknik
-kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.
-menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan, kecerdasan dan minat.

a. Teknik Demonstrasi

-berpusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran.

-Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.

b. Teknik Alat Pandang Dengar

-Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul.
-Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.

c. Teknik Kinestesis

-Kinestesis Manual
-Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut.
-Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul.
-Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar.

Gaya P&P

- Gaya langsung =pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh gaya arahan dan gaya tugasan.

- Gaya tidak langsung =berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.

- Gaya gabungan =berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepada gaya penemuan terbimbing.







rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 6 persediaan P&P pj

Rancangan Kerja Tahunan
-Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan.
-Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.
-Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
-Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.
-Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .
-Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.
-Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.

-Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
-Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran.
-Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna .
-Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan.

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan
-Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
-Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :
i.Jumlah masa pengajaran
-Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

ii.Persekitaran pengajaran
-Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.

iii.Latar belakang guru
-Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

iv.Latar belakang pelajar
-Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Mingguan
i.Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan.
-Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.

ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar.
-Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.
-Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

Penyediaan Rancangan Kerja
-Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.
-Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
-Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.
-Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.

Persediaan
-butir-butir am
-pengetahuan lepas
-kemahiran
-objektif pelajaran
-penggabungjalinan
-sumber pengajaran pembelajaran
-penerapan nilsi

Kepentingan
-Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
-Tidak melangkau Sukatan Pelajaran
-Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat


rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 5 kriteria pemilihan aktiviti pj




Infrastruktur dan tenaga pengajar
-Kemudahan =setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah. 
Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj. Kemampuan kewangan sekolah=peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar. Kemudahan2=sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. Tenaga pengajar=setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru. Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan. -Peralatan=pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan. 
-Kepakaran=guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi: 
Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah. Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum. Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.  
Perkembangan murid
=pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:
Kognitif-melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom. >pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)
>kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)
>aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)
>analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut) >sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun) >penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).

Afektif- mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. >penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)
>gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)
>penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)
>organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan)
>perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)

Psikomotor-pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian. >persepsi >persediaan >pergerakan terkawal >pergerakan mekanistik >pergerakan kompleks >pergerakan suaian
>pergerakan cipta

Sosial (hubungan/tingkah laku sosial) >berhubung >berkomunikasi >melibatkan diri >berunding >bekerjasama >menghakim >memulakan >menukar
Persekitaran budaya dan tempat
      i.        Persekitaran- kawasan di sekeliling sesuatu tempat      ii.        Budaya- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa     iii.        Tempat -ruang, kawasan -budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj.
-pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.
-penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.
Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid). Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir). Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).  


rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 4 huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pj kbsr




Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani

=Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.

=Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).
=Konsep dalam P&P- Kese
paduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.

=Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai2. 
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.

Contohnya:
Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.
Ini tidak ada kesepaduan.
Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah
-Penggabungjalinan
Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.
Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.
-Penyerapan
Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.
Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani.
Cara Pelaksanaan
-Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu.
Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.
-Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran)
Contoh :
ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral.
Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.
-Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)
Contoh
Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains.
-Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
Contoh :
PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid – murid.
-Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.
Contoh :
PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga.
-Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.
Contoh :
Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah.
Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah.
Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.
-Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian.
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.
Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1. Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. Kesukanan
Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan
amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. 

Nota PJM 3110 - Tajuk 3 Kepentingan pj




-Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
-melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
-aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
-pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu.
-melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas.
-pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
-Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. -pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya.
Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal.
Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.
Kepentingan dari segi perkembangan mental
Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada.  Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. .
Kepentingan dari segi emosi
Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. 
Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.
Kepentingan dari segi sosial
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.


rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 2 konsep,teori dan falsafah pembentukan kurikulum



Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani
-Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
 i.        Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
  ii.        Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
 iii.        Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.  iv.        Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
   v.        Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani
-          Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
-          Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
-          Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.
Pendidikan Jasmani Untuk Semua
-          Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.
-          Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F Williams.
-          Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalamanpergerakan–DelbertOb
erteutter.  
-          Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani  ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan




rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 1 sejarah dan perkembangan pj

Pj zaman purba
-          Zaman manusia purba dan kecergasan
= manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

-          Zaman neolitik (revolusi pertanian)
= gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.

-          Tamdun kuno(China dan india)
= masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.
= di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

-          Timur tengah
= mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

-          Zaman greek (Athens)
= masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal dengan bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif dan pentingkan nilai estetik.
= masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.
 Pj zaman renaissance
-          lebih kurang sama dengan pj masa kini.
-          dilakukan untuk kebaikan sendiri.
-          menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni.
-          merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan tubuh badan yang sihat.
-          3 kumpulan utama zaman renaissance.
      i.        Humanis-  menghargai pendidikn dalam sukan seperti memanah, renang dan lari berpagar.      ii.        Moralis – aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan.     iii.        Realism – pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh). Pj moden
-          Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
-          Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.
-          Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik).
-          Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya.
-          Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS.
Pj di Malaysia
-          Era prakolonial (sebelum penjajahan inggeris)
= pj melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian, permainan masa lapang (tradisional), pertukangan dan kebun, serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan permainan antara golongan istana dan golongan biasa.

-          Era penjajahan inggeris
= pj formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. pj diperkenalkan untuk mengekalkan status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
= permainan2 baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi diperkenalkan oleh penjajah dan pedagang.
= 1890an murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki diberi latih tubi.
=1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan latihan kawad kepada bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan sukarelawan.
=1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan. Penguhasa pj di negeri2 selat telah dilantik.
=1930an rancangan pj untuk sekolah telah dimulakan. Sukatan berasaskan latihan fizikal. Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru pj dilancarkan ke seluruh negara. Masyarakat sedar akan kepentingan pj.
=1940an sukatan pelajaran pj telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya selari dengan perkembangan pendidikan.

-          Era penjajahan jepun
=rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Latihan jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan berdisiplin.
= latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Setiap pagi murid terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit. Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan.

-          Era penjajahan british (sebelum merdeka)
= tujuan pj sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai mata pelajaran kekal disekolah. senaman diadakan 30 minit sebelum masuk belajar.
=1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk adakan     sukatan yang formal untuk sekolah.
=1950an kepentingan pj meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah. Guru      tempatan dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan tentang PJ.

-          Era selepas merdeka
= 1960an sukatan pelajaran pj dikaji semula. Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan. Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru dan sesuai bagi masyarakat dinegara kita.
= usaha meningkatkan mutu pj disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK. Kursus satu tahun diadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan KDP pj di Britain.
= pj disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah.
=1958 KPM tubuhkan MSSM. Pj menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.
=1970an sukatan pj disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi (menjurus kepada pergerakan dan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik). Pj dimasukan dalam kurikulum kursus diploma pendidikan di UM bagi melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran pj.

rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.