Ahad, 13 November 2011

PSV3106 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah

PISMP SEMESTER 4 
PSV3106 )Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


  1.       I.   Pengenalan Teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSV



Pendekatan Behaviourisme


Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.


Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya.

Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan. Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.

Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya.
Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.
Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja.
Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka.
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)


Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi 


Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.


Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil.
Ahmad Shalaby, 1976; ms 33


Pendekatan Teori Permodelan Bandura


Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.


Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.


Pendekatan Pembelajaran Gagne


Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.


Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan.


Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu:-

• menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting
• menghuraikan istilah penting dan definisi konsep
• memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama
• menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner


Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran, pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan pemikiran metakognitif.


Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

     II.        Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a)     Pendekatan John a micheal

1.     PENDEKATAN SECARA LOGIK
 Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek semata-matadan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni tersebut.

Secara Penerangan:
membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-nilaiestetika dan pengaruh.

Secara Pemerhatian:
Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

Secara Perbandingan:
Analisa, penilaian perbandingan antara satudengan yang lain serta menimbulkanperasaan.

Secara Penghasilan:
Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai khas,kepuasan, menghubungkan diri konsep danzaman.  

 2.        PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

 Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan. 
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
- Secara perbincangan dan perbandingan.
- Secara proses inkuiri atau penemuan.
- Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni.- Secara menyediakan setting / set induksi.
- Secara membesarkan gambar.
- Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
- Secara aktiviti permainan seni.
- Secara lawatan / pameran.
- Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.


b)    Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art Education)

Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin ini terdapat empat  bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu,
·         menghasilkan produk seni,
·         mengkritik seni,  
·         sejarah seni dan
·      estetika. 

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imejyang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal (insight ) dan pandai mencipta(ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan  pelajar melihat, bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti  boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. 

Disiplin sejarah seni pula  boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami  bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa  secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks vakum,sebahagian daripada makna  yang dipancarkan menerusi karya seni  bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam  konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulumpendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat  terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian  kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian.

Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan,macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dann teratur akhirnya lahirlah  sebuah  hasil seni yang mempesonakan.  Itulah  yangdikatakan  estetika.  DBAE   bertujuan untuk mengembangkan  keupayaan  pelajar menangani masalah  bagi keempat-empat disiplin yang dikemukakan.

c)   Pendekatan chapman
Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama
i. pemerhatian
ii. penerokaan
iii. penghasilan
iv. apresiasi dan perlanjutan.



  III.      Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a) Kontruktivisme – membina konsep berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea,buat
kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilaku sendiri
akan menguat minda manusia.
b) Teori kecerdasan pelbagai – kebolehan meny. Masalah,
menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi
, menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut
ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang )
Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang ,
intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.
c) ICT – satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg
berkesan berpandukan ICT.
d) Pembelajaran akses kendiri – pelajar belajar sendiri dgn
pengawasan dan bimbingan guru.
e) Pembelajaran Masteri – P&P berfokuskan kpd murid – x
faham ( pemulihan), faham ( pengayaan).
f) Kajian masa depan – pelajar diajar cara berfikir bagi
meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and
kreativiti.
g) Pembelajaran secara kontekstual – keadah menggabung
isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon,
mind-on.
h) Kemahiran berfikir – proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan meny. Masalah.
i. KB kreatif – kebolehan mencerna dan
m’hasilkan idea asli.
ii. KB kritis – kebolehan utk menilai
kemunasabahan idea


4. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
§  Pendekatan Individu dan kumpulan dalam   
      PSV
§  Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek,
      akses kendiri, dan lawatan
§  Teknik soal jawab, teknik memberi arahan,
§  Teknik  tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik
            bercerita, kawalan kelas, menggunakan
      Sumber Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
§  Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P & P
§  Teknik Penutup






   IV.        Pengajaran mikro
    V.        Pengajaran makro
Pengajaran Mikro dan Makro

1. Set induksi – proses terawal pengajaran utk menarik
perhatian pelajar. Tujuan ( membina aliran fikiran,
mendapatkan perhatian, menimbulkan perasaan ingin tahu,
mengaitkan pelajaran baru dgn yg lalu, menggalakkan
penglibatan murid, menyediakan struktur.
2. Penyampaian berkembang berasaskan senang kpd
susah, dekat kpd yg jauh, konkrit kpd abstrak, sudah
diketahui kpd yg belum diketahui.
3. Kemuncak – Proses menilai pelajar – Perlunya kerana :
a) mengukur pencapaian pelajar
b) mengukur kecekapan guru
c) mengukur pencapaian obj
d) tindakan susulan sebelum ditamatkan
e) refleksi guru terhadap penguasaan ilmu.
4) Penutup – kesimpulan, penilaian, tugasan susulan, dan
ulasan kendiri.
a) kesimpulan kognmitif – beritahu apa yg diajar,
menyampaikan ilmu, merumus dapatan pengajaran.
b) kesimpulan sosial – sikap pelajar, psikologi, komitmen,
perasaan pelajar, kesan P&P.
5) Koleksi ABM PSV
a) Hasil kerja pelajar yg baik
b) Hasil kutipan benda maujud
c) keratan akhbar
d) koleksi gambar
e) koleksi transparensi
f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu
komputer.
6) Penilaian kendiri – Satu proses bersistem bagi menetukan
obj pengajaran telah dicapai. Menurut Rowntree – satu
proses mendapat dan mentaksir maklumat ttg pengetahuan,
kemahiran, sikap seseorg.
7) Refleksi – Micheal J. Wallace – proses merenung kembali
pengetahuan dan pengalaman yg relevan utk membantu kita
menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat
diselesaikan.




   VI.        Persediaan P&P
Perancangan dan persedian mengajar
1. Format RP Tahunan – kegiatan/bidang, jenis aktiviti, isi
kandungan, kemahiran, bahan/alat, catatan.
2. Format RP Mingguan – mata pelajaran, tahun, kemahiran, isi
kandungan, aktiviti, alatan.
3. RPHarian – Bidang , tajuk, obj, kemahiran, aktiviti,alatan/bahan,
nilai murni.
4. Tiga faktor hasil pembelajaran yg harus digabungkan
a) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan,
ruang)
b) kegiatan yg dicadangkan ( 4 bidang PSV)
c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan persepsi
5. Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan
- obj pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur
- tidak terlalu banyak kemahiran di dalamsesuatu aktiviti
- tentukan masa mencukupi
- alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian.
- rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan.
Contoh : melukis dan membuat gambar – Tajuk Hari kebangsaan ,
aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, resis.
6. Kaedah pengajaran
a) Kaedah inkuiri penemuan- pelajar mengingat kembali, memerhati,
mendengar, menyaol, menyiasat, mengkaji dll
b) Penernagan/ demonstrasi – tunjuk carautk menghasilkan objek
2D/3D
c) Projek individu/kumpulan – aktiviti yg mengambil masa lama
d) Lawatan – kajian penerokaan
e) Tayangan bahan visual- beri motivasi serta menimbulkan
perasaan ingin tahu.

  VII.        Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
§  Bahan Bantu Mengajar
§  Alat dan Bahan penghasilan
§  Pemilihan  dan Penyediaan Sumber
§  Penggunaan Sumber Bahan Cetak dan Elektronik  



Dicopy daripada bayak blog. Terima kasih  kepada cikgu zul, http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm, dan lain lain
 harap maaf kerana tulisan terlalu  BIRU..
dibenarkan copy&paste sesuka hati..sory banyak typo..maklumlah kerja last minute...to all geng PSV goodluck in exam..
ps: kalu xmasuk jgn marah daa

1 ulasan:

hidamo berkata...

harap maaf..saya pun sakit mata dengan tulisan biru ni..tapi xtau mcm mana nak ubah