Infrastruktur dan tenaga pengajar
-Kemudahan =setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah.
Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj. Kemampuan kewangan sekolah=peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar. Kemudahan2=sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. Tenaga pengajar=setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru. Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan. -Peralatan=pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan.
-Kepakaran=guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi:
Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah. Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum. Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.
Perkembangan murid
=pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:
Kognitif-melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom. >pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)
>kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)
>aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)
>analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut) >sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun) >penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).
Afektif- mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. >penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)
>gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)
>penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)
>organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan)
>perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)
Psikomotor-pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian. >persepsi >persediaan >pergerakan terkawal >pergerakan mekanistik >pergerakan kompleks >pergerakan suaian
>pergerakan cipta
Sosial (hubungan/tingkah laku sosial) >berhubung >berkomunikasi >melibatkan diri >berunding >bekerjasama >menghakim >memulakan >menukar
Persekitaran budaya dan tempat
i. Persekitaran- kawasan di sekeliling sesuatu tempat ii. Budaya- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa iii. Tempat -ruang, kawasan -budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj.
-pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.
-penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.
Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid). Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir). Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).
rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.
rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan