Selasa, 15 November 2011

Nota PJM 3110 - Tajuk 3 Kepentingan pj




-Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
-melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
-aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
-pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu.
-melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas.
-pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
-Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. -pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya.
Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal.
Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.
Kepentingan dari segi perkembangan mental
Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada.  Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. .
Kepentingan dari segi emosi
Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. 
Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.
Kepentingan dari segi sosial
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.


rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangan kumpulan.

Tiada ulasan: