Isnin, 6 Oktober 2008

asal usul bahasa melayu, sistem bahasa melayu

Asal Usul Bahasa Melayu
Bangsa yang terawal menduduki negara ini merupakan bangsa yang melahirkan orang asli di Semenanjung, papua New Guie dan Australia. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu-Proto. Mereka datang pada tahun 2500 sebelum Masihi(SM) dan mengembara ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Golongan ini juga dikenali sebagai Indo-Melayu. Golongan ini menggunakan Gua Cha (Kelantan) dan Gua Niah (Sarawak).
Pada tahun 1500 SM, golongan kedua dari Yunan pula datang dengan kebudayaan yang lebih tinggi serta menduduki daerah-daerah subur di persisiran pantai dan kuala sungai. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro. Kumpulan ini membawa tamadun yang lebih maju daripada kumpulan Melayu Proto. Golongan ini mahir dalam bidang pelayaran dan kedatangan mereka ke serata Asia Tenggara dikaitkan dengan teori Gelombang. Mereka datang ke Asia Tenggara pada zaman logam. Ini menyebabkan golongan Melayu-Proto lari ke kawasan-kawasan lain seperti ke hutan belantara, lembah dan kawasan gunung. Golongan Melayu Deutro ini juga mahir dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh kepulauan melayu dan membuka penempatan yang menyebabkan perkembangan bangsa Indonesia dan bangsa Melayu hingga kini. Lama-kelaamaan bangsa ini semakin maju dan kehidupan bermasyarakat mereka semakin berkembang.
Kumpulan Melayu-Proto dan Melayu Deutro dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab, kawasan yang didatangi luas dan terpisah-pisah maka berkembang pelbagai bahasa di daerah masing-masing.
Rumpun Dan Salasilah Bahasa Melayu
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Pembahagian keluarga bahasa ini ditunjukkan dalam rajah 1.1 di bawah.
F:\BAHASA MELAYU\arkib2002.asp_files\STPM_B4.gif
Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang iaitu;
i. Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu(Nusantara)
ii. Bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii,Moari,Tonga, dan Moari)
iii. Malenesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia)
iv. Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna)
Rumpuan bahasa Austronesia dapat digambarkan dalam rajah di bawah.
F:\BAHASA MELAYU\arkib2002.asp_files\STPM_B5.gif
Bahasa_bahasa Austronesia tersebar luas meliputi kepulauan Lautan Teduh dari Pulau Easter di sebelah timur dan kepulauan Asia Tenggara di sebelah barat. Bahasa Melayu merupakan subkeluarga daripada keluarga Indonesia.
Cabang-cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 3000 bahasa yang tersebar di Kepulauan Melayu dan boleh dibahagikan kepada 16 golongan bahasa seperti;
a) Golongan Filipina : antaranya Tagalog, Bikol dan Bisaya
b)
Golngan Sumatera : Antaranya Acheh, Gayo , Lampung
c)
Golongan Jawa : Sunda, Jawa dan Madura.
d)
Golongan Kalimantan
e)
Golongan Tomini
f)
Golongan Toraja
g)
Golongan Gorontalo
h)
Golongan Bali-Sasak
i)
Golongan Loinang
j)
Golongan Muna-Butung
k)
Golongan Sulawesi
l)
Golongan Bungku-Laki
m)
Golongan Bima-Sumba
n)
Golongan Ambon Timor
o)
Golongan Sula-Bacon
p)
Golongan Halmera Selatan Irian Jaya
Bahasa Melayu Kuno menjadi salah satu daripada bahasa Austronesia telah mengalami banyak perubahan. Fenomena ini biasa berlaku dalam proses perkembangan sesuatu bahasa. Bahasa Melayu kuno telah melahirkan banyak bahasa baru yang tinggal dalam satu kawasan tertentu. Maka timbullah batas georgafi yang bersifat linguistik. Penduduk di kawasan geografis linguistik ini bertutur dalam beberapa variasi bahasa yang disebut dialek. Dialek-dialek ini berkembang dan digunakan dalam pertuturan sekelompok masyarakat. Kelompok masyarakat lain akan mengalami kesukaran untuk memahami dialek kerana perubahan bunyi dan pembentukan perkataan baru.

Fenomena ini boleh dilihat daripada rajah di bawah.
F:\BAHASA MELAYU\arkib2002.asp_files\STPM_B6.gif
Dialek-dialek dan sub Dialek Bahasa Melayu
F:\BAHASA MELAYU\arkib2002.asp_files\STPM_B7.gif

FUNGSI BAHASA MELAYU

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.
Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.
Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.
Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

F:\BAHASA MELAYU\sistem bm_files\STPM_BM941a.gif

1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
F:\BAHASA MELAYU\sistem bm_files\STPM_BM942.gif
JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
F:\BAHASA MELAYU\sistem bm_files\STPM_BM943.gif

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

DIFTONG

F:\BAHASA MELAYU\sistem bm_files\STPM_BM944.gif

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Tiada ulasan: