Isnin, 6 Oktober 2008

konsep seni

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI
DALAM PENDIDIKAN
1.1 PENGENALAN KONSEP
- perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya.
- Matlamatnya - melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif,
inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
(a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuan
secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai
wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara
bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan
.Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh.
(c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang
mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan
untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif ,
personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan
analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera,
anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:
i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di
sekolah menjadi lebih seronok
ii Membantu anda memahami diri sendiri
iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah
iv Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka ,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh
1.1.1 Matlamat
- untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
- meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara
- Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen
akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik
tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
1.1.2 Objektif / tujuan
- menghargai keindahan ciptaan Tuhan
- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam
proses penghasilan
- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan .
- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasilan kerja
- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap
karya seni yang dibuat
- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
muridan lain
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni
- sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
kaitannya dengan keselesaan hidup
- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
- mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan.
- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai
asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
- guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan diri mereka.
- guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar,
mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
ı Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri
sebagai subjek teori pembelajaran.
ı Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang
membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama.
ı Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama
dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan
sahsiah diri.
1.2.1 Teori Pembelajaran
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi
duni sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar
sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan
dengan teori konstruktivisme?
- Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
- Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
- Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
- Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai
cara dan bentuk
- Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan
persembahan
- Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai
- Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar
- Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
- Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:
Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07
- Verbal – linguistik
- Logik – Matematik
- Visual – ruang
- Kinestetik
- Muzik
- Interpersonal
- Intrapersonal
- Naturalis
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI
selaras dengan FPN
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan
yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi
penyelidikan dalam p&p
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan
seterusnya meningkatkan potensi diri
(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu.
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud,
murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau
kepada model baru yang ditirunya
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam
situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan
kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip
dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan
idea itu
(ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama
ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih.
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan
Herman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan
penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan
otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata
muridan disekolah.
(e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975)
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya
dengan pengalaman baru,
- lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses
pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa
generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
Melalui teori ini murid dapat :
- Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil
- Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau
penyampaian
- Mendapat maklum balas dari orang lain
- Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya
- Mengelak perlakuan yang tidak diingini
- Mengekalkan perlakuan yang diingini
1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan
Pembelajaran
fasa-fasa proses pembelajaran
1. Kesediaan Belajar
-keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk
memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan
belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek,
psikomotor, emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya
menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan.
2. Pengamatan
- gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau
tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar
yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung,
lidah dan kulit.
1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi ( rata ) dan tiga
dimensi (sebenar)
2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek
bergerak dimana pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita.
3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman
atau apa yang dirasai.
Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:
ı Kefahaman – Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah
dimuridi sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru.
ı Kesamaan – Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan
konsep yang dimuridi perlu mempunyai persamaan
ı Kemahiran – Murid telah benar-benar menguasai kemahiran
sebelum diamemindahkannya kepada situasi baru.
Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07
ı Celik akal – Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau
kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan
pembelajaran kepada situasi lain.
1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan
a. Penyerapan tiga dalam satu
b. Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah
c. Perlaksanaan di sekolah
d. Kekaburan matlamat dan objektif
e. Pertindihan subjek seni yang sedia ada
f. Masa interaksi guru bertambah
g. Mata muridan rileks – tiada peperiksaan
1.3 KEPENTINGAN
a. Peranan Ekspresi- Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi
peluanguntuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi,
meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.
b. Peranan Emosi- Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat
seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi
ingatan.
Konsep IQ dan EQ
Intellegence – dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan
proses kognatif seperti membaca, menulis, mengira dan
menyelesaikan masalah. Perkembangan pesat dalam bidang
sains otak atau “neurology” mendapati emosi dapat
mempengaruhi kecerdasan (EQ).
c. Peranan Imaginasi- Proses kreativiti dan imaginasi boleh
melibatkan;
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang
diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara
lahiriah.
GLOSARI
Ekspresi – Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat,
luahan berkarya
Emosi – Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.
Estetik – Kecantikan
Maridan – Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang
baik-baik.
Imaginasi – Gambaran/kerangka imej
Intuisi – Gerak hati, qalbu
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow
ı Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti
keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.
ı Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
ı Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying
ı Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta
memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai
ı Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
ı Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar
memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan
membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya.
Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk
perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.
b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu
bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contohcontoh
yang terbaik ketika berkomunikasi sesama
mereka.
c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang
dimiliki adalah tinggi
d. Kefahaman intelek yang tinggi– Pelajar perlu mempunyai
tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum
membuat sesuatu tindakan.
e. Perhubungan sosial yang menggalakkan – Perhubungan
sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni
dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada
perbalahan
f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu
mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang
terdapat didalam pendidikan seni visual.
2.1.6 Estetik
-latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat
mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang
dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka
konsep estetik dapat ditanam seterusnya.
Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak
ı Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu.
Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat
dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah
lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke
kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).
ı Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam
satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
ı Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh
kepada keadaan tertentu.
ı Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi
dapat dilihat daripada perubahan sifat.
ı Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan
hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.
ı Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan
fizikal dan pembelajaran.
ı Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran
Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi
-Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik
kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang
tidak terhad dan tidak terkongkong.
-Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan
dan naluri ingin tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling,
menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan
bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
- aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh
dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati .
Kreativiti
Proses kreativiti boleh melibatkan:
ı Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
ı Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang
diambil
ı Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah
Pemahaman
ı Aktiviti Pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti
penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau
aliran.
ı Aktiviti Bermain –memperkembangkan konsep pembentukan
kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi.
Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
ı Lagu – Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan
keyakinan diri .
ı Aktiviti Lakunan –dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih
jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif,
betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan
berkeyakinan tinggi.
Konsep kesedaran sendiri
ı Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha
pembelajaran
ı Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan
pelajar dalam proses pembelajaran
ı Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya
mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya
meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.
ı Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
ı Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
ı Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
ı Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07
TOPIK 3 DERIA DAN SENI
3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan
kepekaaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur
0-2 tahun. mula matang ketika berumur 6-12 tahun
-Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini
merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula
diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanakkanak itu mula untuk
berbahasa.
-Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang
dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan
apa yang mereka dengan?
-Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan
pengamatan dan pemerhatian.
-Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. membuat
sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang
membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan
yang diterima oleh derianya.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan.
ı Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif
terhadap aktiviti pembelajaran
ı Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada
dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan
dengan pelajaran baru.
-Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan dgn
penekanan kepada strategi :
ı Kebolehan Mental Pelajar
setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep
yang diajar oleh guru
ı Pendekatan Pengajaran
untuk membentuk penanggapan yang baik.
ı Pendekatan Inkuiri Penemuan
Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui
situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul
secara mental dengan menggunakan organ deria untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
ı Pendekatan Resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara
langsung dengan bergantung kepada pelajar.
ı Pendekatan Deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu
konsep dengan dikiuti dengan contoh-contoh spesifik yang
mengukuhkan konsep tersebut.
KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA
- Pancaindera ( telinga ) –Pemprosesan kognitif
- Gambar kereta ( alam sekitar )
- Otak manusia (pengamatan) ( apabila kereta berlanggar)
- Manusia sakit (penanggapan) konsep.
Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan
lagi perkembangan deria pelajar.
(a) Aspek Fizikal
ı Cahaya-dapat menerangi ruang bilik darjah.
ı Peredaran Udara-menimbulkan suasana pembelajaran dan
keselesaan pelajar.
ı Stor-tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja
murid sama ada dalam bilik stor atau almari.
ı Panel dan Rak Pameran-untuk tujuan mempamerkan hasil
kerja murid.
ı Perabot
ı Kemudahan Asas
Sinki dan punca elektrik dipasang ditempat yang sesuai
(b) Aspek Emosi
ı Hiasan Dalaman-menggalakkan lagi interaksi pelajar
ı Ruang-menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang
selesa dan kondusif
ı Peragaan Hasil Kerja-dapat membina keyakinan dan
kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.
(c) Aspek Sosial
ı Interaksi Murid-dapat menggalakkan interaksi murid dengan
murid dan murid dengan guru.
ı Kemudahan Aktiviti Kumpulan
Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
ı Jangkaan (rajah) ı Hubungan latar depan dan belakang
ı Penumpuan ı Tempoh masa ı Tugasan jelas
ı Pengalaman ı Susunan objek
Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan
kepada empat iaitu
(A)merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi,
(b) Persepsi-Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi
individu terhadap rangsangan. Faktor-faktor yang mempengaruhi
Persepsi
ı Jangkaan ı Hubungan latar depan dan belakang
ı Penumpuan ı Tempoh masa ı Tugasan jelas
ı Pengalaman dan ı Susunan objek
(c) Imaginasi-Merupakan daya khayalan atau kemampuan
menggambarkan sesuatu
(d) Konsepsi pelajar-Proses pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina
perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bermaksud proses mengintergrasikan berbagaibagai
kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang
bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan bosan.
Ciri-ciri Penggabungjalinan
a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam
satu-satu kemahiran iaitu gabungan kem fokus dan kem sampingan
(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang
berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh.
ı Kemahiran belajar untuk belajar- salin nota, ringkasan dll
ı Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
ı Kemahiran pelbagai kecerdasan
ı Kemahiran generik-kem komunikasi,IT,kerja dlm kumpulan dll
Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran
ı Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi
daripada mata pelajaran lain
ı Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan
dapat membantu penguasaan kemahiran focus sebagai yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
ı Pelajar berpeluang untuk menyatupadukan kem-kem yang perlu
dalam kehidupan.
ı Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
ı Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar
secara seimbang, harmonis dan bersepadu.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL
-Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak-bidang ı Melukis dan membuat gambarı Membuat rekaan
corakı Membentuk dan membuat binaanı Kraf tradisional
Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
(a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai
Representasi Gambar dan Imej
(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi – sedih , gembira
(c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur
seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.
(d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan
Unsur Seni
(a) Garisan
(b) Warna-Warna terdiri daripada;
1. Warna asas - biru, merah dan kuning
2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur
biru = ungu , kuning dicampur merah = oren
3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.
(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu
permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya.
Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan
yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri
dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi dua jenis:
(i) Jalinan tampak
(ii) Jalinan sentuh
Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul-oum IPKT07
(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan
garisan dan penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran
yang berbagai) dan rupa geometri(bentuk yang khusus)
(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu
(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,
illustrasi- dalam bentuk dua dimensi
(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau
berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat
tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai
ton, warna, jalinan dan ruang
(f)Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di
sekeliling objek
Prinsip rekaan terdiri daripada;
ı Harmoni- situasi yang selesa ı Penegasan- menarik perhatian
si pemerhati ı Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya
ı Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri ı
Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu ı Kesatuanmenimbulkan
suatu tema atau keseragaman pendapat
ı Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan
pesembahan
* yang lain boleh baca dr nota PSV semester lepas.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
Definisi Muzik - satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental
termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau
rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut
estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
ı Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ı Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka
supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan
bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan
kendiri).
ı Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama,
ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.
(pembelajaran mengikut urutan).
ı Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas
amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
ı Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji
muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan
berkonsep).
ı Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus
diselaraskan.
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
berperingkat atau ‘sequential’.
2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk
menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspekaspek muzik
3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika
jenis pengalaman muzikal. (i) Imitasi (Mengajuk Balik)
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah
skel yang mempunyai lima ton.
(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa.
(v) Literasi – menulis dan membaca nota muzik
4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau
pendekatan bakat
5) Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana
keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik
tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja
iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi
sahaja.
Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod.
Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan
berterusan dengan menggunakan alat iringan.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
ı Kemahiran Muzikal Nyanyian
ı Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
ı Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik
pengeluaran suara.
Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam
kegiatan permainan alat muzik.
GLOSARI
Monofoni – Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada
iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.
Homofoni – Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan
sebagainya.
Polifoni – Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.
Komposisi – Kebolehan mengubah lagu
Kemahiran ensemble – Kemahiran bermain alat muzik secara
kumpulan dengan pelbagai alat muzik.

Tiada ulasan: