Isnin, 6 Oktober 2008

pendapat al-ghazali, ibnu kkhaldun dan laura chapman

Al-ghazali..
Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah islam yang terunggul bukan sahaja dikalangan umat islam malah di kalangan para karyawan barat juga. Keagungan al-Ghazali memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kaum muslimin dari segi pemikiran dan juga pekertinya yang juga memang terpuji. Keilmuannya yang sangat luas khususnya dalam bidang falsafah, usul, fekah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik dan juga kesenian serta dengan penulisan buku yang banyak maka wajarlah beliau digelar sebagai “Hujjatul Islam “.
Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi al-Ghazali. Dilahirkan di Tus pada 1058M berhampiran Bandar Meshad di Khorasan, Iran. Perkataan al-Ghazali berasal dari tempat kelahirannya iaitu Gazalah atau pekerjaan bapanya sebagai penenun dan penjual kain, Ghazzal.
Zaman kanak-kanaknya dihabiskan dengan mempelajari ilmu usuluddin dan fiqah syafii. Ketika berusia 20 tahun pada tahun 1077M, beliau telah pergi ke madrasah Nizammiyah di Nirharpur. Menjadi pelajar kepada Abu Al’maali al Juwayni yang dikenali sebagai imam al-Haramayni merupakan seorang ulama yang terkenal pada zaman itu. Melalui bimbingannya, beliau telah mempelajari usulludin, ilmu kalam, sains, tabii, falsafah dan ilmu logik. Imam Haramayni memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga menyebabkan semua hadirin menangis setiap kali membicarakan tentang sejarah ahli sufi dan makam mereka. Beliau juga memperkenalkan teori logik dan ilmu falsafah kepada al-ghazali. Namun ilmu yang menjadi keutamaan al-ghazali ialah ilmu kalam.
Al-Ghazali dikatakan seorang yang mempunyai kepintaran luar biasa, alim dan dianggap sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan. Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni. Keindahan menurut al-ghazali adalah nikmat yang tersendiri yang dihayati kerananya dan bukan untuk tujuan yang lain. Keindahan sesuatu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.
Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya kepada karya seni dalam bentuk fizikal. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah untuk tuntutan jasmani. Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub dengan kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Selain itu, segala yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. Ini merumus kepada segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada penghayatnya.
Keindahan alam semulajadi merumuskan tuhan yang menciptakannya kerana yang menciptakannya ialah tuhan yang indah. Keindahan tuhan dapat dipersepsikan melalui kuasa pancaindera dan oleh ‘ mata hati ‘ . al-Ghazali melihat keindahan daripada segi dalaman yang bersabit dengan nilai-nilai kerohanian, etika dan keagamaan. Keindahan alam luaran atau syahadah dapat dipersepsi oleh pancaindera yang lima dan didapati oleh sesiapa sahaja manakala keindahan dalaman manusia yang dapat dihayati melalui mata hati lebih peka, lebih seni daripada pancaindera yang lima.
Seni menurut pandangan al-Ghazali adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Manusia tidak boleh terpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar tidak memisahkan akidah manusia. Dalam perspektif islam, seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu yang pertama ialah suatu alat bagi manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kbahagiaan dunia dan akhirat manakala yang kedua pula ialah seni melupakan suatu penawar bagi seseorang yang mengembara di dunia ini dalam menuju alam akhirat.
Ibnu khaldun…
Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir islam yang unggul terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Lukisannya yang dikenali sebagai “muqaddimah” atau “prolegomena” menjadi ibu kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. ( estidotmy utusan Malaysia, 2002)
Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732H .Nama penuh Ibnu Khaldun adalah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin Ibn Muhamad Ibnu Khaldun al-Maliki al-Hadrami. Khaldun adalah gelaran beliau sempena nama datuknya Khaldun daripada suku Hadrami. Nama asal beliau ialah Khalid. Perkataan “khaldun” itu sendiri bermaksud intelek, ulama , pemimpi dan pemikir. Dalam usia yang masih muda, beliau mampu menguasai pelbagai jenis ilmu tafsir, hadis, fikah, maliki, tauhid dan usul fikah.
Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 26 ramadhan tahun 808 hijrah ketika berusia 86 tahun. Ibnu khaldun dimakamkan di Mesir pada zaman kerajaan bani uthmaniyah disekitar kawasan permakaman kaum sufi di bab al-nasir ( ghazali Darussalam,1988 )
Menurut Ibnu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Didalamnya juga terkandung nilai-nilai estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Etika itu merujuk kepada elemen –elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Logika pula merujuk kepada satu kebenaran yang hakiki. Pengetahuan dalam ssejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam seni. Pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di gua Altamira, Sepanyol.
Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredhaan allah.s.w.t. seni dalam islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.
Kesenian islam menjadikan al-quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumbernya. Dalam seni khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada keesaan allah s.w.t. seni kahat arb adalah anugerah daripda allah kepada manusia.
Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang menerangkan sesuatau yang indah. Perkataan indah itu sendiri dimengerti sebagai sesuatau yang baik, molek dan bagus. Kesenian yang diciptakan atas seni islam mestilah mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak. Sedangkan seni yang tidak berbentuk islam diciptakna untuk tujuan takbur, riak menaikkan nafsu syahwat, merosakkan akidah, syarak dan akhlak.
Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Daripda sudut psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatau yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa.
Laura H.Chapman…
Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini b bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alas an inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.
Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni.
Selain itu,beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea. Umumnya ,dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilakan dapat menepati kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik.
Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.Jadi,sudah tentu imej atau visual tersebut dihasilkan tanpa terpesong daripada tema dan objektif.
Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan .Ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Seni adalah untuk masyarakat, Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

Tiada ulasan: